Sambil-sambil duduk dan merenung ke tasik, teringat akan perbualan diri ini bersama mak.
Perbualan terjadi beberapa hari sebelum menyambut hari raya Aidilfitri, ketika semua ahli rumah sedang sibuk mengemas rumah, memasak, membeli-belah dan lain-lain lagi.. Mak mengajak diri ini untuk mengemas serta menghias bilik tetamu yang bakal di gunakan sekiranya ade tetamu yang ingin bermalam, dalam keadaan angin tiup mendayu dan kerja sedang dilaksanakan. Mak buka topik tentang jodoh diri ini.
Mak : tadi mak shopping kat econsave jumpe dengan Fulanah (bukan nama sebenar), dah besar dah putih makin lawa ye Fulanah sekarang. Kan bagus kalau ajib kawin dengan dia nanti.
Anak : *terkejut*. Mak suke ke kalau ajib kawin dengan Fulanah ?
Mak : suka (sambil senyum dengan riang nye)
Anak : kalau mak suke, mak nikah kan la.. Ajib ok je, x kesah.
Subhanallah, perbualan yang tak disangke-sangke akan berlaku antara diri ini dengan mak nya.. Selame nie kalau pulang kerumah akan bergurau dengan mak, cakap yang diri nie nak kawin.. Tapi mak selalu buat endah tak endah je, tapi kali nie secare tibe-tibe sahaje mak buka cerita tentang kawin.
Alhamdulillah, diri ini dah lame berkenalan dengan Fulanah tapi sebagai kawan sahaje. Tidak lebih dan tidak kurang, berasal dari keluarga yang sederhana, mempunyai akhlak yang baik, senantiase tersenyum, mempunyai 5 orang adik beradik dan tinggal di kampung berdekatan.
Sungguhpun ramai teman-teman berkata yang seorang hafiz perlu berkahwin dengan seorang hafizah supayesupaye dapat mengulang Al-Quran bersama-sama, bermuzakaroh, nasihat-menasihati, mudah mendengar kata, bukan kah itu lebih bahagia dari berkahwin dengan seorang yang biasa-biasa sahaja ?
Dengan senyuman yang manis, diri ini membalas hujah yang telah di lempar kan dengan menunjuk imej di bawah :-
Jikalau mak bahagia, maka diri ini pon akan bahagia. Apa gunanya kalau diri sendiri gembira tapi bonda tercinta menderita ? In shaa Allah diri ini akan gembira serta bahagia jika di jodoh kan dengan Fulanah kerana peribadinya yang molek.
Walaupon mak buka cerita tentang perkahwinan, ia tidak bermaksud bahawa diri ini akañ berberkahwin esok atau lusa.. Ade syarat-syarat yang telah di nyatakan oleh mak, antara syarat-syaratnya adalah :-
1- Habiskan hafalan Al-Quran dan jadi seorang Hafiz
2- Faqih ilmu
3- Habiskan pelajaran sekurang-kurangnya diploma
4- Dapat pekerjaan yang tetap
Mohon kepade pembaca (kalau ade yang membaca) mendoakan agar diri ini dapat memenuhi syarat-syarat tersebut, bukan sahaja untuk diri ini berkahwin.. Akan tetapi untuk kebaikan dunia serta akhirat juga, In shaa Allah.. Wallahua'lam ~

