Friday, March 19, 2010

Riddle Kong (50 in 1)

1) Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.

answer : orang sedang panjat tiang talipon.

2) Apa nama Sudirman semase kecil.

answer : Sudirboy.

3) Rumah apa yang banyak menggunakan air.

answer : Rumah terbakar.

4) Apa yang mahal pada BMW.

answer : Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu...

5) Apa persamaan kain jemuran ngan talipon.

answer : Due - due kalau dah 'krinngg' bleh angkat.

6) Knape pokok kelape dekat dpn rumah harus di tebang.

answer : Mestilah kne tebang. Mner ade orang cabut pokok kelape ...gile ape...

7) Gajah terbang dengan ape.

answer : Dengan susah payah.

8) Nak cari ckit punyer susah, bile dah dapat buang, ape bendenyer.

answer : Taik hidung.

9) Tukang ape yang klau dipanggil, menjenguk ke atas.

answer : Tukan gali kubur.

10) Apa persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson.

answer : Due - due tak kenal korang...hehe.

11) Apa beza sekretari baik dengan kurang baik.

answer : -Sekretari baik..................'selamat pagi tuan'.

-Sekretari kurang baik....................'dah pagi ni tuan'.

12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gile.

answer : Sebab lelaki ni kan 'buaya'.

13) Saya ade 3 kepala 4 tangan 5 kaki,siapa saya.

answer : pembohong.

14) Siape yang menemukan dompet kulit.

answer : siape yg menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan pada saya.

15) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk.

answer : Masukkan benang dalam jarum.

16) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai.

answer : Bas sekolah, sebab hari-hari pergi sekolah.

17) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais.

answer : Milo ais.

18) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki.

answer : Sebab kalau die angkat due-due kaki die jatuh.

19) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik.

answer : Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam.

20) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

answer : Semut matanyer bengkak.

21) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta.

answer : Motorsikal,sebab die gune tongkat.

22) Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat climax pegang buah.

answer : Panjat pokok kelape.

23) Ahmad bin Abu, kambing bin apa.

answer : Kanbing 'bin'atang.

24) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan.

answer : -Ikan betina - ikan duyung

-Ikan Jantan - ikan bakar, mana ada perempuan nama Bakar.

25) Gajah lalu patah titi. Semut lalu patah aper.

answer : Patah Balik.

26) Ianya kereta tapi orang tak panggil kereta apakah itu.

answer : Teksi.

27) Apa yang naik tapi tak turun.

answer : Umur.

28) Apa yang turun tapi tak naik.

answer : Hujan.

29) Ikan apa yang kepala besar tetapi badan kecil.

answer : Ikan bilis pakai topi keledar.

30) Badan kecil,berwarna merah dan berpeluh. Apa bendenyer.

answer : Semut baru balik jogging.

31) Dalam banyak-banyak kuih,kuih apa yang orang makan tepinye sahaj.

answer : Kuih donut.

32) Apabila ditarik yang diatas gembira dan di bawah merana. Apakah ia.

answer : Pengail yang dapat ikan.

33) Haiwan apakah yang paling tidak sopan.

answer : Kutu, kerana sering pijak kepala orang.

34) Negara apa yang banjir dahulu baru hujan.

answer : Bahrain - Bah tu 'banjir', Rain tu 'hujan'.

35) Bila makan pisang buang kulit, tapi kalau makan kulit buang apa.

answer : Buang tabiat.

36) Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, tapi kalau kura-kura panjat poko nampak apa.

answer : Nampak pembohongan,sebab kura-kura mner boleh panjat pokok.

37) Kenapa kalau doktor melakukan pembedahan mulutnyer ditutup.

answer : Kalau matanya ditutup,dia tidak dapat melihat.

38) Burung apakah yang boleh berdiri,boleh baring tetapi tidak boleh duduk.

answer : Burung penguin.

39) Bom apakah yang tidak pernah meletup.

answer : Kuih bom.

40) Lembu apakah ang selalu di cari.

answer : Lembu yang hilang.

41) Banyak-banyak ikan,ikan apa yang selalu sakit perut.

answer : Ikan kembung.

42) Banyak-banyak tempat,dimanakh air tidak pernah cerah.

answer : Ayer Hitam (Air Hitam).

43) Apa dia,ayam diluar ikan didalam.

answer : Ikan sardin cap ayam.

44) Apa dia,rumah dibawah tiang di atas.

answer : Kubur.

45) Apa bende,terjatuh ke bawah,tetapi orang tercari-cari di atas.

answer : Bumbung rumah yang bocor semasa hujan.

46) Bila loceng bas di tekan, bas akan berhenti, apa yang akan turun dahulu.

answer : Speedometer bas.

47) Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnyer.

answer : Lampu jiran tetangga kita.

48) Cube teka, mouse komputer jantan ke betina.

answer : Betina,sebab pakai pad.

49) Kalau semua binatang jadi ikan,ikan jadi apa.

answer : Ikan jadi banyak.

50) Badannya keras tetapi kurus, berbadan tetapi tidak bertangan dan berkaki, berkepala hitam, tetapi tiada mata, hidung, telinga, apakah itu.

answer : Anak mancis.

No comments:

Post a Comment